Rintihan seorang hamba yang berdosa


Ya Allah, jika hari ini melakukan sesuatu yang menambahkan amal buruk di buku dosaku..
Aku bermohon pada-Mu agar diampunkan dosa yang telah aku lakukan
Tidak terlintas di hati ini untuk menempah nama di neraka-Mu dan tidak pula aku merasakan diri ini layak ke syurga-Mu..
Aku selalu bermohon pada-Mu andai nyawa ini masih berada di dalam jasadku , berikanlah aku hidayah yang terulung daripada Mu

Sungguh, aku ini hanya hamba-Mu yang penuh dengan dosa dan tidak layak untuk digelar umat akhir zaman yang terbaik
Aku tidak meminta untuk dilahirkan dalam serba kekotoran seperti tetapi aku selalu sedar anda aku ini hanya hamba-Mu yang selalu dengan perintah-Mu .. Aku selalu bersungguh - sungguh untuk berubah kerana aku hanya mahu menjadi Hamba-Mu yang terbaik di sisi-Mu

Aku selalu mengimpikan menjadi anak yang solehah supaya dapat membawa ibu dan ayahku ke syurga-Mu tetapi mengenangkan dosa-dosa yang banyak aku lakukan ini, Masih layakkah aku untuk membawa mereka ke syurga-Mu, Ya Allah ?
Akhir kalamku ini , aku memohon agar aku ingin menjadi manusia seperti bayi yang dilahirkan suci tanpa dosa , tapii... aku ini masih layakkah ?

Menitis air mata ini tatkala mengingatkan dosa-dosa yang pernah dilakukan. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa yang pernah kita lakukan dan berharap yang lepas itu biarlah lepas. Amin ya rabbal alamin :')

No comments:

Post a Comment