Islam itu indah... Benar, tetapi ia bukan sekadar di atas kata-kata
semata-mata. Sebaliknya Islam perlulah diamalkan, barulah kita akan
merasai nikmatnya beragama.
Bukan sekadar cakap Islam tu indah, Islam tu indah.. Tapi bile suruh
berpuasa, kata "Aduhh... aku gastrik ni!", atau bila disuruh solat, "Aku
sakit.. Camne nak solat? Dah tentu Allah paham akan keadaan diriku yang
lemah ini." Adehh letih layan orang yang beralasan sebegini. Macam mana
nak tahu keindahan Islam kalau belum apa-apa lagi dah complaint
macam-macam, atau sentiasa beralasan. Tambahan plak, kita ni sentiasa
mengambil bahagian-bahagian syariat yang kita suka aje.. Contohnya
berpuasa sebab kalau berpuasa berlapar, nikmatnya adalah makan makanan
yang dibeli di bazaar Ramadhan, tetapi dalam masa yang sama tak solat..
Nauzubillah...
Ambillah Islam tu keseluruhan, janganlah hanya mengambil
separuh-separuh. Kalau ambil separuh-separuh, macam mana nak menikmati
keindahan Islam? Macam mana nak merasai nikmat beragama?
Di dalam komik ni, kopiah dan jubah tu contoh yang mudah aje, sebab
orang selalu kutuk benda ni. Kopiah dan jubah tu sunnah, tanda cinta
kita kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan sunnahnya. Bayangkan apa perasaan
kita bila pakai kopiah dan jubah? Tak boleh bayangkan? Kalau tak boleh,
cubalah secara praktikal pula.. Rasai keindahannya sendiri...
Namun, ia hanya akan berhasil kepada orang-orang yang 'hidup' hatinya.
So terpulang kepada hati masing-masing. Mesej ini tidak terhad kepada
sunnah memakai kopiah dan jubah sahaja, tapi merangkumi kesemuanya
syariat yang Islam datangkan kepada kita. Pokok pangkalnya, berbalik
kepada diri sendiri. Ubah fikiran, jadilah insan yang menerima Islam
dengan sepenuhnya. Ok?
:)