Seorang Wanita Solehah


Semua wanita ingin jadi penghuni syurga kerana keperibadiaannya bukan kerana kecantikannya. Tapi, kuasa Allah boleh mengubah segala-galanya. Seorang wanita dianggap solehah apabila bila berpakaian , dia menutup aurat mengikut garis panduan Islam apabila bercakap dia bercakap dengan sopan dan yang berfaedah sahaja apabila berjalan dia berjalan ke tempat yang mendatangkan cinta kepada Allah apabila bergaul dia tidak melampaui batas apabila mempunyai suami dia mengikut kehendak suaminya asalkan tidak menyalahi hukum agama Allah.
Seorang wanita Solehah tidak akan mengeluh apabila ditimpa ujian kerana seorang wanita Islam patut percaya bahawa Allah menurunkan ujian mengikut kemampuan hamba-Nya. Seorang wanita Solehah pasti dijodohkan dengan lelaki yang terbaik kerana di dalam Surah An-Nur , Allah ada menyatakan "Seorang lelaki yang baik, untuk perempuan yang baik dan Seorang lelaki yang jahat untuk seorang perempuan yang jahat". Seorang wanita Solehah pasti menunaikan ibadah wajibnya dengan sempurna dengan ibadah sunatnya turut dilakukan. Tetapi ketika Isra' dan Mikraj, Nabi Muhammad S.A.W melihat ramai kaum hawa menghuni neraka kerana apa :
1. percakapnnya
2. perhiasannya + kecantikannnya
3. Ingkar suruhan ALLAH dan Rasulullah
4. Tidak mengikut cakap seorang suami
Nauzubillah, minta kita ( kaum hawa ) dijauhkan daripada menghuni neraka. Semoga ALLAH menerima taubat kita. Amin ya rabbal alamin :)
#Assalamualaikum  daripada Fatin Ainul Syuhada :)