Seorang Ibu yang mengharungi segalanya demi seorang anak.


Assalamualaikum :) tittle tajuk tu membuatkan semua anak  mesti berharap kesempurnaan sentiasa ada dalam diri masing-masing seperti seorang ibu kan ? like me, Saya merasakan menjadi seorang perempuan ini memang terlalu beruntung sangat sebab "Perempuan Mampu Menggongcang Dunia- Sumayyah". Lelaki pun hebat jugak :D Rintihan hati seorang perempuan memang pilu apabila dihayati. Mereka tidak mengharapkan sesuatu keajaiban yang melampau tetapi mereka mengharapkan kesempurnaan. Seorang perempuan pasti menyimpan sesuatu perasaan yang tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata tetapi boleh ditafsirkan melalui pergerakkannya.

Bila kita melihat ibu kita membuat sambil mengelap peluh yang mengalir pasti hati kecil ini tersentuh tetapi pernahkan kita menghayati setiap pergerakkan yang ibu kita lakukan ? Seorang ibu  yang bergelar wanita dan seorang isteri mereka mahukan kesempurnaan untuk orang yang disayangi. Seorang ibu juga sanggup bergadai nyawa demi melahirkan seorang anak. Mereka sanggup mengharungi semua kesakitan yang teruk asalkan anaknya sihat.

Beruntunglah kita pada hari ni yang masih punya ibu. Ibu yang menjaga dan merawat kita penuh kasih sayang. Ibu tidak mengeluh malah mereka mendoakan kita. Ibu sanggup berjaga malam asalkan anaknya tidur dahulu. Paling malang, apabila seorang anak menderhaka terhadap ibunya. Ya Allah, neraka tempatnya kalau menderhaka dengan ibu dan ayah kita. Jika kita ingin sesuatu cuba berbincang, semoga dapat mencapai kata putus. Ingat pengorbanan ibu kita "Seorang ibu boleh menjaga 10 anak, tetapi bolehkah seorang anak menjaga seorang ibu"

Bila ibu tidur cuba lihat muka dia, Ya Allah...sedihnya...Ibu tidur dalam kepenatan menahan 1001 keperitan yang hanya dia seorang sahaja yang alami.

#Semoga Kita Menjadi Seorang Anak Yang Soleh/Solehah Yang Mampu Membahagiakan Kehidupan Dunia Dan Akhirat kedua-dua IBU BAPA KITA .

Wasalam :)

Rintihan seorang hamba yang berdosa


Ya Allah, jika hari ini melakukan sesuatu yang menambahkan amal buruk di buku dosaku..
Aku bermohon pada-Mu agar diampunkan dosa yang telah aku lakukan
Tidak terlintas di hati ini untuk menempah nama di neraka-Mu dan tidak pula aku merasakan diri ini layak ke syurga-Mu..
Aku selalu bermohon pada-Mu andai nyawa ini masih berada di dalam jasadku , berikanlah aku hidayah yang terulung daripada Mu

Sungguh, aku ini hanya hamba-Mu yang penuh dengan dosa dan tidak layak untuk digelar umat akhir zaman yang terbaik
Aku tidak meminta untuk dilahirkan dalam serba kekotoran seperti tetapi aku selalu sedar anda aku ini hanya hamba-Mu yang selalu dengan perintah-Mu .. Aku selalu bersungguh - sungguh untuk berubah kerana aku hanya mahu menjadi Hamba-Mu yang terbaik di sisi-Mu

Aku selalu mengimpikan menjadi anak yang solehah supaya dapat membawa ibu dan ayahku ke syurga-Mu tetapi mengenangkan dosa-dosa yang banyak aku lakukan ini, Masih layakkah aku untuk membawa mereka ke syurga-Mu, Ya Allah ?
Akhir kalamku ini , aku memohon agar aku ingin menjadi manusia seperti bayi yang dilahirkan suci tanpa dosa , tapii... aku ini masih layakkah ?

Menitis air mata ini tatkala mengingatkan dosa-dosa yang pernah dilakukan. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa yang pernah kita lakukan dan berharap yang lepas itu biarlah lepas. Amin ya rabbal alamin :')